Sejarah Kem Terendak

Kem ini dahulunya dibina oleh tentera British bagi menempatkan markas 28 Commonwealth Infantry Brigade yang merangkumi 1 batalion tentera British, 1 batalion tentera Australia, 1 batalion New Zealand (1 RNZIR) beserta peralatan bantuan perang dan perkhidmatan. Tetapi apabila mereka berundur, kem ini telah diserahkan kepada Kerajaan Malaysia.

Unit pertama Infantri Komanwel ke-28 berpindah ke Kem Terendak pada akhir 1959 dan menjelang pertengahan-1960 kem ini penuh dihuni, walau pembinaan berterusan sehingga 1964 apabila Hospital Kem Terendak siap dibina.[1]